Sabtu, 6 Februari 2021


 

Hari ini kami di D’optometrist ingin berkongsi mengenai satu penyakit mata yang sering dihadapi oleh pesakit yang mengunjungi ke klinik kami, iaitu BLEPHARITIS.


Blepharitis merupakan keradangan kelopak mata yang menyebabkannya menjadi merah dan bengkak. Kelopak mata pesakit akan merasa gatal, sakit atau sensasi terbakar. Serpihan-serpihan akan terlekat pada akar bulu mata. Blepheritis kerap berlaku terutama pada pesakit yang berkulit minyak ataupun berkelumumur.

Etiologi blepharitis masih tidak dapat ditakrifkan. Kebersihan pada mata dan bulu mata serta bakteria dipercayai menyumbang kepada pembentukan blepharitis.

Post seterusnya akan kami bincang tentang rawatan untuk blepharitis!

Kepada pelanggan yang ingin mengetahui lebih lanjut boleh hubungi kami di talian 03-91744024 atau http://www.wasap.my/+601111476466 (Whatsapp). Kami juga mempunyai Instagram, boleh follow doptometrist visioncare centre sekarang kerana banyak informasi yang akan kami kongsikan di sana juga..

JOM JUMPA PAKAR MATA KAMI!

‘Your Clarity, Our Priority’

 

ADMIN

Jumaat, 5 Februari 2021

 


MCO 2.0 DAH BERMULA! Tak sempat untuk dapatkan pemeriksaan mata? Cermin mata anda patah? Mata kabur dan silau?

Jangan risau kerana kami di D’Optometrist Visioncare Centre Bandar Permaisuri, Cheras masih lagi BEROPERASI seperti biasa dan anda juga boleh membuat TEMUJANJI dengan kami secara atas talian bermula 14 Januari 2021 ini.

Kami beroperasi setiap hari (Isnin - Ahad)

10.00 pagi sehingga 8.00 malam

Di D’Optometrist Visioncare Centre, kami mengamalkan Garis Panduan Khas Perkhidmatan Optometri Swasta oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sepanjang fasa PKP ini.

Antara garis panduan tersebut adalah :

1. Menjalani saringan awal di premis (suhu badan, saringan simptom,

 hand sanitizer dan sejarah perjalanan)

2. Tidak berkonsep terbuka.

3. Perkhidmatan berdasarkan temujanji.

4. Melakukan pembersihan dan disinfeksi berkala di dalam premis

 

Perkhidmatan optometri yg dibenarkan di D’Optometrist Visioncare Centre ialah:-

i. Membaiki cermin mata yg rosak, hilang atau pecah.

ii. Pesakit yg memerlukan cermin mata untuk kegunaan harian.

iii. Pesakit mempunyai masalah dengan kanta lekap dan memerlukan pemeriksaan mata segera atau mendapatkan bekalan kanta lekap.

Jadi, jom book appointment dengan kami sekarang kerana kami juga menyediakan perkhidmatan profesional:

-Penjagaan selepas guna kanta lekap

-Pemakaian kanta lekap teraputik

-Kanta sentuh Keratokonus

-Pemeriksaan mata bayi oleh pakar

-Pemeriksaan mata juling oleh pakar

-Terapi visual (untuk mata lemah/lazy eye)

-Kanta sentuh rabun waena

-Saringan Glaukoma

-Pemeriksaan Anterior Segment

-Mata Prostetik/Palsu

-Surat rujukan pakar mata

-Klinik Penjagaan Mata Bergerak

-Pemeriksaan mata komprehensif

Kepada pelanggan yang ingin mengetahui lebih lanjut boleh hubungi kami ditalian 03-91744024 atau http://www.wasap.my/+601111476466 (Whatsapp).

Kami juga mempunyai Instagram, boleh follow D’Optometrist Visioncare Centre sekarang 

JOM JUMPA PAKAR MATA KAMI !

‘Your Clarity, Our Priority’

 ADMIN



Ahad, 31 Januari 2021

 

VISION.FM radio online is the first as such in Malaysia.  It has been established with the purpose of creating public awareness towards eye health. Current news related to eye diseases, conditions and tips on how to keep the eyes healthy will be aired from time to time. Forum, discussion and questions from listeners will be responded by eyecare practitioners, optometrists and eye consultants.

Topics of interest and current news in optical such as trendy spectacles, contact lenses, special effect contact lenses, babies and children contact lenses, promotions and product knowledge will be aired regularly.

In addition, motivational talks, philosophy, poems, wise sayings etc will also be embedded throughout the air time. Truly the mission of VISION.FM online is not only as an entertainment channel but also holds the weight of creating public awareness on eye health as a primer national agenda. It targets the general public with special interest for school children, youngsters, teachers and parents.

This radio online will be operated by a numbers of experience DJ’s from a few locations and it may go as far as to other states. It will also be conducted using various dialects to attract people of different background.  The DJ’s will be advised and monitored by optometrists from DSTREAM VISION SDN BHD.

This online radio is brought to you by DSTREAM VISION SDN BHD. It’s  a company with an optical business under the name of D’OPTOMETRIST VISION CARE CENTRE  located at Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur.   This channel is also being supported by KELAB FALSAFAH SEBAGAI PEDOMAN, WARISAN ANAK SENI MALAYSIA (WASIM), PERSATUAN WARISAN DAN KEBUDAYAAN ANAK CINA KELANTAN (KL/Selangor) dan PERTUBUHAN RANGKAIAN PENJANAAN EKONOMI WANITA (PRPEW)   and also affiliated with the community work carried out by KLINIK OPTOMETRI BERGERAK Universiti Kebangsaan Malaysia.

VISION.FM radio internet adalah yang terulung di Malaysia. Ianya dimulakan dengan hasrat untuk membina kesedaran masyarakat terhadap penjagaan kesihatan mata. berita terkini berkaitan dengan penyakit mata, keadaan kesihatan mata serta tip-tip penjagaan mata sihat akan di keudarakan dari masa ke semasa. Forum, perbincangan dan pertanyaan dari para pendengar akan diberikan respon oleh pengamal penjagaan mata, optometris dan pakar perunding mata. Topik menarik dan berita terkini dalam industri optikal seperti penggayaan cermin mata, kanta sentuh, kesan khas kanta sentuh, kanta sentuh bayi dan kanak kanak, promosi dan pengetahuan produk akan diperdengarkan secara berkala.

Sebagai tambahan, perucapan motivasi, falsafah, puisi, kata kata hikmah dan lain-lain isu semasa akan diterapkan sepanjang hari. Misi sebenar VISION.FM online bukan hanya sebagai satu saluran hiburan semata-mata tetapi juga lebih ke arah membentuk kesedaran masyarakat terhadap kesihatan mata  yang merupakan agenda negara yang utama. Target pendengar adalah pengguna-pengguna maya seperti facebook, twitter dan lain-lain khususnya masyarakat awam secara keseluruhan tetapi di samping menekankan isu-isu khas kanak kanak, remaja, muda mudi, guru-guru dan ibubapa.

Radio online ini akan dioperasi oleh beberapa DJ berpengalaman dari beberapa lokasi dan ianya juga boleh berfungsi hingga ke negara-negara Asean. VISION.FM juga akan dikendalikan dalam pelbagai bahasa dan dialek bagi menarik perhatian para pendengar dari pelbagai kaum dan latar belakang. Panel DJ's akan diberi nasihatkan dan dipantau oleh sekumpulan optometris dari DSTREAM VISION SDN BHD.

 
Radio online ini dibawa kepada anda oleh DSTREAM VISION SDN BHD, satu syarikat yang melakukan operasi perniagaan optikal di bawah nama D’OPTOMETRIST VISIONCARE CENTRE di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur. Saluran ini disokong oleh KELAB FALSAFAH SEBAGAI PEDOMAN, WARISAN ANAK SENI MALAYSIA (WASIM), PERSATUAN WARISAN DAN KEBUDAYAAN ANAK CINA KELANTAN (KL/Selangor) dan PERTUBUHAN RANGKAIAN PENJANAAN EKONOMI WANITA (PRPEW)  yang sentiasa berkerjasama rapat melakukan khidmat komuniti bersama KLINIK OPTOMETRI BERGERAK, Universiti Kebangsaan Malaysia.

 
Teruskan bersama VISION.FM  

"SALURAN RADIO HIBURAN BERINFORMASI"

 Salam hormat dari kami

 ADMIN

01 Februari 2021